Thursday 19 August 2010

Diari#1: Izinkan Aku Menjadi Daie!

Kita hidup di atas muka bumi Allah SWT itu sebagai khalifah. Khalifah yang membimbing. Apakah mampu untuk manusia itu memikul amanah-Nya? Jawapannya, ya! Tetapi bagi yang kurang keimanan dan ketakwaan mengatakan agak sukar. Saya tidaklah mengatakan bahawa saya ini sangat sempurna. Bahkan jauh sekali, maka diari ini ingin saya kongsi bersama pembaca dan followers yang berpenat lelah meng-klik halaman saya ini.
Sebenarnya hati saya sedang meronta, sakit. Semuanya minta dilepaskan, apa? Ilmu. Mengapa? Akal dan hati bersubahat untuk menyuruh saya mengajarkan ilmu. Apa kata ilmu? Ilmu berkata supaya saya berdakwah.

Saya merenung. Dakwah dan Daie. Apa itu dakwah dan apa itu daie? Dakwah kepada Allah adalah dalam konteks menyeru kepada makruf dan mencegah daripada kemungkaran merupakan satu tugas yang sangat penting dan merupakan asas kepada kebangkitan para nabi.
Daie pula bererti orang yang menyampaikan dakwah. Setelah membuat dan berusaha mencari banyak sumber rujukan, akhirnya saya temui sesuatu yang mampu membuatkan hati saya bergetar, kadangkala bersemangat. Saya temui jawapannya. Apa yang saya cari selama ini. Saya sudah lama menanam cita-cita di sanubari ini untuk menjadi daie. Tetapi saya masih perlu banyak muhasabah lagi. Terasa diri ini begitu hina sekali. Banyak sekali melakukan kesalahan terutamanya pada ibu bapa dan teman-teman.

Apakah mereka bisa memaafkan saya? Saya tahu saya sangat tidak sempurna. Namun saya usaha untuk jadi yang terbaik. Diari ini dicoret bersama beberapa syarat yang mesti ada pada daie iaitu:


1. Amalannya itu hendaklah berpaksi kepada keredhaan Allah, ikhlas serta tidaklah mengharapkan ganjaran daripada-Nya. (ikhlaskah aku?)
2. Daie menjadi teladan dalam melakukan amal yang soleh. (mampukah amalanku mengubah yang lain?)
3. Mengemukakan dalil dan bukti yang kuat. (adakah aku menghayati kalam Allah itu dan menghafaz hadis Nabi?)
4. Mengetahui ilmu-ilmu semasa selaras dengan perkembangan dalam masyarakat. (hehe, insya Allah dengan menjadi follower blog daie yg lain aku bisa mengetahuinya. atau adakah aku masih kuno?)
5. Lemah lembut tetapi tegas dalam mengutarakan dakwah. (kadangkala bila teman-teman merajuk saya biarkan. tegaskah aku?)
6. Jangan sesekali pendakwah lari dari tujuan asalnya kepada tujuan yang lain. (adakah tetap matlamat aku? atau suatu hari nanti bisa berubah?)
7. Sabar dan cekal dalam menghadapi penderitaan. (cekalkah aku?)

Sengaja saya menulis persoalan diari saya ini. Untuk muhasabah diri agar menjadi yang lebih baik. Harap teman-teman membantu. Harap Allah benarkan. Amin.


Oh Allah,
Kala malam aku menatap bulan
Kala siang aku merenung matahari bersyair
Aku sentiasa terfikir
Kebesaran-Mu

Oh Allah,
Izinkanlah hamba-Mu yang hina ini
Mengubah diri
Agar bisa mengubah yang lain
Tanpa perasaan benci

Oh Allah,
Setelah terbitnya fajar esok
Dan yang seterusnya
Izinkanlah aku
Menjadi seorang yang bergelar daie

4 comments:

  1. moga diperkenan Allah niat murni kamu

    ReplyDelete
  2. ya Allah,teguhkan niat Nurina!

    agar dia bisa menjadi dai'e muda yg istiqamah dlm mmprjuangkn islam.

    ReplyDelete
  3. salam..

    menjadi seorg dai'e adlh wajib buat kita..semoga Allah beri kekuatan pada kita utk mencontohi nabi Saw dlm berdakwah.

    ReplyDelete