Pandangan Nurul Fatini dilontar jauh. Izzati hanya memerhatikan sahabatnya itu. Tahu bahawa fikirannya sudah melayang entah ke mana. Ternyata Imzad memang sudah memberikan kesan yang besar dalam hidup Nurul Fatini. Senior itu sudah umpama abangnya sendiri. Izzati menghela nafas kecil.
"Sudah sampai di mana Nurul?" soalnya sengaja mematikan lamunan Nurul Fatini. Nurul Fatini tersentap.
"Allah itu tidak akan memberikan ujian yang tidak boleh ditanggung hamba-Nya," ujarnya lagi. Izzati merapatkan tubuhnya dengan tubuh Nurul Fatini. Sanubarinya tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Nurul Fatini. Mereka sudah sangat serasi hinggakan mampu mengetahui perasaan dan kadangkala fikiran masing-masing.
"Hidup..." kata-kata itu terkeluar dari bibir Nurul Fatini.
"Hidup itu memang penuh dengan ranjau dan duri. Sekiranya ana tidak berhasil mengelak dari duri jalanan itu bererti ana sudah tewas, Izzati."
Izzati mengangguk mengerti.
"Dan ana doakan enti akan mampu mengelak. Sekiranya enti tidak berhasil, ana akan bantu enti mengalihkannya. Ana sentiasa ada buat enti."
"Allah juga sudah memadai," Nurul Fatini membenamkan pandangannya kepada Izzati.
crita smkin mnarik..truskn usaha anda
ReplyDelete@!slaM!c viruz
ReplyDeleteinsyaAllah
=)