Entah mengapa air mata tidak berhanti menitis. Nurul Fatini perlahan-lahan menyeka air matanya. Imzad, temannya telah terbunuh dalam nahas tersebut. Nahas kapal terbang yang berlaku sekitar jam lima pagi tadi merupakan suatu kejadian yang sungguh tidak diduga. Nurul Fatini menenangkan hati. Tuhan itu santiasa berada bersamanya. Manusia sahaja yang santiasa tidak mahu berada bersama-Nya.
"Sabar Nurul, ini ujian Allah pada kau!" Nurul Fatini menguatkan semangat. Pasti sahaja mayat arwah Imzad akan disemadikan beberapa jam lagi setelah dibawa pulang. Suatu perasaan menyelusup ke dalam kalbunya. Perlahan. Sebak. Hiba. Semuanya ada.
Nurul Fatini mengambil wuduk untuk menenangkan diri. Dunianya masih belum hancur selagi Rabb ada bersama. Bayangan bersama arwah Imzad segera menyusup ke dalam kotak memori.
“Nurul, jika ana pergi nanti siapa yang akan membantu anti dalam ICT?" soal Imzad sambil tertawa mesra. Nurul diam sahaja. Matanya tidak berani menantang mata pemuda di hadapannya itu.
"Bukankah anta masih boleh bagi informasi kepada ana melalui e-mel seperti biasa?" Nurul Fatini hairan dengan pertanyaan Imzad. Bukannya lelaki itu pernah mengajarnya secara langsung. Lazimnya e-mel sahaja yang akan menjadi alat perantaraan mereka berdua.
"Tetapi bukankah rangkaian di kawasan itu tidak jelas? Entah-entah telefon pun tak boleh," Imzad mengangkat keningnya bercanda.
"Alah, bukankah anta DJ radio? Gunalah saluran radio seperti biasa! Ana tunggu," Nurul Fatini tenang bergurau. Langkahnya segera diatur pergi. Hafizah di sebelah juga sudah tidak sabar mahu pulang ke bilik.
No comments:
Post a Comment