Friday 20 August 2010

Remaja: Doa Seorang Remaja

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasannya Rasulullah SAW bersabda: "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir atau (Syak Perawi Hadis) Seseorang yang masih menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia," H.R. Muslim.
Saya tertanya-tanya. Apakah amalan saya sudah cukup? Belum. Hadis di atas menerangkan kepada kita betapa dasyat dan hebatnya ujian terhadap sesorang di akhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir di waktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba esok paginya telah menjadi kafir.
Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Apakah muslimin dan muslimat, terutamanya remaja, bisa menghadapi cabaran iman? Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai yang menggadaikan imannya kerana kelazatan duniawi. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman.
Saya terkedu. Seandainya cabaran itu datang melanda, apakah saya bisa menghadapinya? Insya Allah boleh. Tetapi para remaja di luar sana, sahabat-sahabat saya, muslimin dan muslimat seantero dunia, adakah kita mampu? Insya Allah.

Dugaan dasyat menggoncang iman
Hampir terseret benteng pertahanan
Setiap saat setiap detik
Jantung berdegup nadi berdenyut

Usah digadai lambang kekuatan
Meskipun mahal tidak ternilai
Peganglah dakaplah
Untuk bekalan di akhirat kelak

Wahai remaja di luar sana
Ayuhlah, bangkitlah
Agar kita sama-sama memimpin tangan
Masuk ke pintu gerbang syurga

4 comments:

  1. salam nurina. tolong ajar ana cara nak kendalikan 'read more' boleh?

    ana pernah try add read more sndiri, tpi xjadi.jadi mcm anti dulu, ada tulis read more tpi artikel depan mmg artikel penuh.

    blog dulu, read more dia mmg ada dah, sbb tu reti guna.

    boleh ye nurina?

    Moga Allah bantu ukhti.

    ReplyDelete
  2. dah boleh. thanks nurina atas perhatian.

    ana try ikut tutorial link anti bagi, tpi xleh. cari kt google,tutorial english sume xleh.

    ana try tutorial indon, baru boleh dong! :p

    http://coretanbod.blogspot.com/2009/09/auto-read-more-untuk-blogspot-supaya.html

    ReplyDelete
  3. ops, nurina! alhamdulillah, ana dah jumpa cara paling2 senang.

    tengok kat sini :http://www.ammarzaki.in/2009/11/weee-ketemu-lagi-dengan-saya-yang-slalu.html

    tak perlu tmbh kode pun :)

    ReplyDelete