Okay, kali ini saya cuba menyingkap isu penggunaan songkok yang ketara dalam kalangan remaja lelaki. Songkok memang merupakan pakaian tradisi orang melayu yang juga berkait rapat dengan islam. Memanglah dalam islam tiada istilah songkok atau apa2 yg mewajibkan memakai songkok, tetapi pada kebiasaannya songkok dipakai ke surau, masjid @ majlis2 keagamaan seperti kenduri dsb.Namun nmpknya kini songkok telah disalahgunakan dalam mengejar arus kemodenan. Sebut sahaja tentang moden, pasti semua orang suka. Tapi kemodenan yg cuba dibawa ini pada pandangan saya bagaikan satu penghinaan terhadap adat melayu dan sedikit sebanyak menjejaskan agama islam. Songkok yang dulunya dibawa ke masjid kini telah dibawa ke atas pentas dengan iringan lagu2 ROCK. Hah, dasyat! Dipadankan pula dengan pakaian yang menampakkan pusat sekali sekala. Apa ya sebenarnya tujuan buat benda2 seperti ini? Untuk mengangkat martabat melayu? Atau mempromosikan baju melayu trend terbaru? Wallahu'alam.
Songkok bukanlah pakaian yang sesuai untuk dibawa ke atas pentas sekiranya bukan untuk tujuan dakwah. Sambil nyanyi lagu2 yang melalaikan dengan songkok atas kepala, what's the point? Harap2 semua kaum muslimin di luar sana tidak menyalah gunakan songkok sebagai trend remaja songsang masa kini. Maaf kalau entry ini menyakiti hati sesiapa but sharing is caring.. Cuba sahaja lihat para muslimin di luar sana, kan indah memakai songkok dengan tujuan yang betul. Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua. Ameen.