Robot bukanlah merupakan suatu perkara baharu dalam cereka sains. Dalam sebuah sajak epik Homer (sajak yang panjang) berjudul “Iliad”, salah satu daripada cerita yang pernah ditulis menceritakan mengenai gadis-gadis mekanik yang diperbuat daripada emas telah menolong seorang tukang besi yang bernama Hephaestus. Dalam kurun ke 18 dan 19, banyak anak patung automatik dibuat dengan begitu baik sekali, biasanya menggunakan sistem seperti sistem jam mekanik. Di antara robot yang terkenal ialah C3-PO dan
R2-D2, hero mekanik dalam filem “Star Wars”. Robot seperti C3-PO yang kelihatan seperti manusia ini dikenali sebagai “android”.
No comments:
Post a Comment