Sunday 3 April 2016

Short Update 3 April


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Baru pulang dari mesyuarat di sekolah. Walaupun dah jadi alumni, alhamdulillah khidmat bakti diri ini masih diperlukan jua. Eheh. Kepada semua yang masih belum mengisi UPU, UM, dan USM, sila lakukannya dengan segera kerana tarikh permohonan sudah sampai ke penghujungnya. Bercakap tentang permohonan, semalam saya mendapat tawaran daripada Kolej Poly-Tech Mara di Bangi. Apa yang menyedihkan, saya mendapat tawaran Diploma Keusahawanan. Diploma. Bukan Ijazah. Nampaknya saya telah tersilap membuat permohonan untuk peringkat diploma. Saya sendiri tak pasti apa masalah saya pergi memohon diploma. Saya kira sistem sudah menapis siap-siap untuk program Ijazah. Mungkin saya tersilap. Jadi nampaknya saya terpaksa menolak tawaran tersebut.

Pada awalnya pun saya tidak terlalu bertekad untuk masuk KUPTM. Saya akan menunggu keputusan kemasukan ke universiti awam dan sekiranya ada rezeki, insyaAllah saya akan menyambung pengajian peringkat Ijazah di mana-mana universiti awam. InsyaAllah.

Berbalik kepada mesyuarat tadi, dalam masa terdekat ini saya dan rakan-rakan yang lain akan bertugas menjadi fasilitator untuk Kem PRS peringkat DKBB. Tadi kami telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan pada hari kejadian. Saya tak nak ceritakan lebih lanjut tetapi insyaAllah ada banyak aktiviti menarik yang telah disediakan. Banyak juga idea saya yang ditolak di dalam mesyuarat. Huh. Apa pun kepada para peserta terutamanya di bawah seliaan saya, saya cuma hendak berpesan supaya bersedia mental dan fizikal. Eheh.


Meeting atau main-main?

Minggu ini juga saya akan mula mengajar tuisyen untuk pelajar tingkatan 5. Nampaknya saya perlu refresh kembali apa yang telah dipelajari ketika SPM dulu. Saya akui, subjek SPM agak mencabar berbanding peringkat UPSR. Saya akan usaha semampu mungkin untuk membantu pelajar skor. Saya rasa pelajar tingkatan 5 ni lebih mudah untuk diajar berbanding pelajar darjah enam. Mungkin disebabkan pelajar SPM sudah pernah mengambil dua peperiksaan penting sebelumnya dan tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk berjaya. Berbanding pelajar UPSR saya yang masih belum berpijak di atas bumi yang nyata lagi. Tak apalah. Saya dulu pun lebih kurang begitu juga. Hanya pengalaman yang mampu mematangkan pemikiran seseorang.

So yeah, dalam masa terdekat ni benda-benda inilah yang akan menjadi fokus saya selain ujian JPJ untuk lesen memandu. Dan saya juga mempunyai perancangan untuk percutian bersama keluarga. Ke mana? Nanti saya akan beritahu. I’m looking forward to the trip. Bercakap tentang percutian, terima kasih kepada Umi Nabilah kerana belikan souvenir dari Thailand. Lain kali bercuti, belilah lagi. :P

p/s: Gambar meeting ehsan daripada Husna Remi





No comments:

Post a Comment