Thursday 19 February 2015

Awak, Jaga Diri Ya!



Assalamualaikum. 

Saya sudah berniat mahu menulis entry ini beberapa hari yang lalu, tetapi baru berkesempatan untuk post hari ini. 

Seorang sahabat baik saya baru sahaja berangkat ke Korea pada hari Isnin yang lalu untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Engineering. Alhamdulillah, tak ada kata yang mampu saya ucapkan selain rasa bangga atas kejayaannya. Dia usaha, dia dapat. Saya sudah berkawan baik dengan Aina Zalia Izzati sejak umur 7 tahun lagi. Sekarang 19 tahun. Campur tolak semua lebih kurang 12 tahun lamanya saya bersahabat dengan Aina. Orang kata, persahabatan yang terjalin lebih daripada 10 tahun ni akan kekal lama. InsyaAllah harap begitulah. 

Foto diciplak dari Facebook abang Aina.

Aina merupakan salah seorang insan yang memaknakan hidup saya. Banyak pahit manis yang kami lalui sama-sama. Malah kalau hendak diceritakan semua pengalaman kami rasanya tak akan habis entry ini. Kami banyak menyimpan cita-cita. Sewaktu di sekolah rendah dulu, kami pernah jalankan projek penulisan bersama. Tulis cerita-cerita seram dan penyiasatan. Kemudian cerita yang ditulis itu saya taip semula dan print.

Kami akan menyewakan naskhah penulisan kami kepada rakan-rakan yang lain. Sekali sewa mungkin dalam 50 sen jika tak silap saya. Bertitik tolak daripada projek saya, Aina, serta beberapa rakan yang lain itulah saya banyak belajar untuk menulis. Bahkan, pada pendapat saya, Aina sebenarnya seorang penulis yang jauh lebih mahir daripada saya.

Sejak kecil Aina selalu bercita-cita hendak menjadi seorang peguam. Dia nak membela keadilan. Dia nak jadi salah seorang peguam yang berjaya di Malaysia. Saya tabik dengan jati diri dan cita-citanya yang sangat tinggi. Mungkin Allah bukakan jalan lain kepadanya (engineering) sebab Allah ada aturan yang tersendiri untuk dia. Tapi saya tak risau sebab saya tahu, Aina ni kalau campak ke mana pun dia pasti boleh bawa diri. 

Aina (paling kanan). Melakar kejayaan bersama sebagai johan team bola jaring (Team 89) untuk aktiviti pasca PMR.

Bukan semua orang mampu buat apa yang dia buat. Dia belajar sungguh-sungguh untuk membanggakan kedua-dua orang tuanya. Walaupun selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, dia tak pernah pun mengharapkan sebarang ganjaran daripada ibu bapanya sebaliknya dia anggap kejayaan itulah ganjaran yang mampu dia berikan buat mereka. 

Aina seorang yang sangat menghargai persahabatan. Saya masih ingat ketika ulang tahun kelahiran saya dulu, dia pernah menghadiahkan saya seutas rantai buatan sendiri yang dihiasi dengan cengkerang-cengkerang kecil. Disertakan dengan kad kecil yang mendoakan agar persahabatan kami kekal. Dia tulis di situ, “Your best friend is flying in the sky.” Saya tahu dia sedang terbang tinggi. Saya tahu.

Abaikan penggunaan grammar, masa ni kanak-kanak lagi.

Oh ya, selain Aina Zalia Izzati, ada lagi dua orang rakan KUSESS saya yang turut mendapat tajaan JPA untuk ke Korea. Lucu bila difikirkan, tetapi mereka berdua pun bernama Aina juga. Seorang Aina Hanum dan seorang lagi Aina Aqilah. Aina Aqilah merupakan ketua rumah Waja (rumah merah) semasa kami berada di tingkatan lima dulu. Mereka berdua ni memang orang yang hebat-hebat. Saya percaya, ketiga-tiga Aina ni boleh bawa diri masing-masing dan pulang ke tanah air kelak dengan kejayaan. Saya tak mahu cerita panjang, saya cuma mampu doakan yang terbaik untuk kalian. Minta maaf kerana tak dapat ikut temankan di KLIA. Apakan daya, jarak dan masa yang menghalang.

Gambar diciplak dari Instagram. Aina Hanum dan Aina Naqilah di tengah serta rakan-rakan KUSESS. Good luck.

Aina Zalia Izzati, if you’re reading this somehow, I just want you to know that I will always be here for you. You can always rely on me. You’ll face a lot of hardship, but never let your problems drag you away. Jaga diri baik-baik di Korea dan kalau boleh bawalah budaya kita Melayu ke sana. Tak salah amalkan budaya sana, tapi biarlah berpada-pada. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk. Solat jangan sesekali tinggal, ok? Good luck sahabat. 

Foto-foto Aina kongsi sesudah tiba di Korea

2 comments:

  1. Terima kasih atas doamu, sahabat. Hati kecil ini walaupun jauh sangat merindu kemesraan zaman kanak-kanak kita.. rindu nak huha huha lagi.. doakan aina sentiasa ye.. Insya Allah..

    ReplyDelete
  2. waaaa...bestnya belajar dikorea... macam tu la sahabat.. semoga adik dan kawan adik Berjaya,,


    anyway kalau free singgahlah blog akak

    http://soshesay.blogspot.com

    ReplyDelete