Saturday 21 February 2015

Resipi Banana Milkshake



Assalamualaikum.

Untuk entry kali ini, saya terdetik untuk berkongsi resipi mudah membuat banana milkshake. Setiap orang ada cara tersendiri untuk membuat milkshake, bergantung kepada cita rasa masing-masing. Sebagai penggemar minuman milkshake, sebenarnya lebih senang kalau kita tahu cara-cara membuatnya sendiri. Jadi bila-bila kita rasa nak minum, boleh terus siapkan tanpa perlu memesan di restoran.

Pertama sekali, kita kenalah pastikan bahan-bahan untuk menghasilkan minuman ini ada.


* Mesin pengisar (blender)
* 1-2 pisang
* Secawan ais
* ½ cawan susu segar (low fat @ full cream)
* 1 scoop ais krim vanila 
* Gula secukup rasa

Bagi penggunaan susu segar, anda boleh menggunakan susu low fat kerana pisang sudah pun kaya dengan kalori. Tapi saya prefer menggunakan full cream. Kalau anda tidak mahu menambah ais krim ke dalam milkshake pun tidak mengapa, tak akan menjejaskan rasa insyaAllah.

Cara penghasilan:


1. Potong pisang ke bentuk yang lebih kecil supaya mudah dikisar. Masukkan ke dalam blender, tapi jangan kisar lagi.


2. Tambahkan secawan ais.


3. Tambahkan setengah cawan susu segar.


4. Masukkan 1-2 scoop ais krim vanila.


5. Kisar bahan-bahan tersebut sehingga halus. Jika kurang manis, tambahkan gula secukup rasa.


6. Banana milkshake anda siap untuk dihidangkan!


Senang sahaja kan? Tak ambil banyak masa pun. Selain enak, minuman ini juga berkhasiat untuk kita.

Saya pernah mendengar ceramah dari seorang ustaz. Katanya, dalam setiap benda yang kita kerjakan, pastikan pekerjaan kita itu akan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah SWT. Jadi, dalam konteks ni, kita boleh buatkan minuman dan kongsi dengan orang lain. InsyaAllah ada pahala yang menanti. Buat para isteri pula bolehlah hidangkan minuman ini kepada para suami, maka redha suami tu nanti adalah kunci untuk dapat redha dari Allah. Biidznillah. Saya sendiri pun masih banyak lagi perlu diperbaiki.

Apa pun, semoga berjaya mencuba resipi ini!

No comments:

Post a Comment