Thursday 16 January 2014

Jom Meriahkan Hashtag AkuIkutKamu


Bersempena dengan Maulidurrasul 1435, majalah JOM! terbitan Deen Prints mengajak pembaca semua untuk menjejaki dan mengamalkan sunnah tinggalan Rasulullah S.A.W. Ayuh buktikan kita layak menjadi umat baginda. Nyatakan contoh-contoh sunnah Rasulullah dengan cara kreatif dengan meletakkan hashtag #akuikutkamu di Facebook, Twitter dan Instagram. (Boleh gunakan gambar beserta caption atau perkataan)

Kepada anda yang belum tahu tentang majalah JOM!, majalah ini merupakan sebuah usaha dakwah dan tarbiah yang dijalankan oleh daie-daie muda kita. Kali pertama membeli majalah JOM! saya sudah tertarik dengannya kerana merangkumi artikel-artikel daripada blogger daie kita yang tidak asing lagi antaranya Hilal Asyraf dan Inche Gabbana. Penulisan daripada aktivis dakwah muda kita mampu menarik minat semua, terutama golongan remaja yang membacanya kerana penulisan mereka sesuai dengan gaya dan corak kehidupan terkini. 

Jadi, marilah sokong kempen #akuikutkamu ini. Tidak ada salahnya kita menyokong kempen yang mendatangkan manfaat kepada ummat. Jika anda hendak mengetahui lebih lanjut tentang majalah JOM! bolehlah berkunjung ke SINI.

Sumber: laman blog majalah JOM!

No comments:

Post a Comment