Thursday 16 January 2014

Kempen dan Segmen Blogger Berselawat


Kali ini, saya ingin menyertai kempen daripada seorang sahabat blogger kita, tuan blog Lorong Cinta iaitu saudara Abak. Alhamdulillah, kempen yang diadakan beliau cukup bermanfaat untuk kita semua. Di samping kita dapat mengeratkan silaturahim antara blogger, kita juga dapat berkongsi dan menimba ilmu tentang Rasulullah dan kehidupan baginda. Ayuhlah kita sokong usaha kempen ini sebagai salah satu usaha dakwah. Jika tidak pun, jom kita terjah entry yang telah dikongsikan oleh saudara-saudara blogger kita yang lain di SINI.

Saya ingin berkongsi input yang sangat berguna setelah menonton Cinta Ilmu di TV Al-Hijrah semalam. Kepada anda yang terlepas menontonnya, saya ingin memetik ceramah daripada Ustaz Badli Shah yang mengulas tentang tanda kiamat. Saya pasti apa yang disampaikan oleh Ustaz Badli Shah ini mampu membuatkan kita terdiam dan berfikir tentang kebenaran kata-kata beliau. Terdapat banyak kisah, tetapi saya memetik 3 kisah yang cukup menarik berdasarkan hadis kekasih agung kita, Rasulullah S.A.W.

Yang pertama, Rasulullah S.A.W. pernah berkata, tidak akan datang kiamat sehingga datang satu waktu di mana kasut akan bercakap dengan si pemakainya. Kepada sesiapa yang mendengar kata-kata ini sudah pasti mereka akan berasa pelik dan tertanya-tanya. Bagaimana mungkin kasut boleh berkata-kata dengan manusia? Tetapi dengan izin Allah, tidak ada satu hal pun yang mustahil di atas muka bumi ini.

Buktinya, sekitar tahun 2006, syarikat Nike mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat telefon bimbit terkemuka untuk mencipta ‘kasut pintar’. Mereka telah meletakkan sebuah cip di dalam kasut ini dan menghubungkan dengan telefon bimbit tersebut. Oleh itu, setiap kali ada pergerakan, kasut tersebut akan dapat mengesan data dan ‘bercakap’ melalui telefon bimbit tersebut. Kasut ini dinamakan Nike Plus, yang saya rasa masih belum ada di Malaysia. 

Kemudian Adidas juga turut mengeluarkan produk yang sama dinamakan AdiStar Fusion. Menariknya, pengguna dapat memilih sendiri suara yang ingin didengari oleh mereka menerusi telefon bimbit misalnya suara lelaki atau perempuan, romantik atau garau, lembut atau kasar dan sebagainya. Masha Allah. Ternyata, Rasulullah telah mengatakan sesuatu yang belum ada pada zaman baginda, yang telah pun terjadi pada hari ini. Bacaan lanjut di SINI.



Kedua, kisah tentang anjing. Rasulullah juga pernah memberitahu pada akhir zaman nanti akan munculnya anjing yang boleh berkata-kata. Kita pasti akan menafikan hakikat ini kerana binatang tak mungkin boleh berkomunikasi dengan manusia. Namun, apa yang kita sangka selama ini sebenarnya salah kerana sekitar tahun 2010, dunia telah digemparkan dengan kemunculan seekor anjing bernama Mishka yang boleh bercakap! Anjing itu juga boleh menyebut perkataan “I love you”. Fenomena Mishka telah mendapat sambutan yang hangat di Youtube.

Kisah ini bukan hanya terhenti di situ sahaja. Dunia juga telah dikhabarkan dengan berita tentang para saintis Nazi yang melatih sekumpulan anjing untuk berkata-kata! Bukan sekadar bercakap, anjing-anjing tersebut juga telah disekolahkan sehingga pintar membaca dan menulis. Selagi tidak pandai, seekor anjing itu tidak boleh keluar dari sekolah. Ini merupakan agenda Hitler yang sangat digeruni. Rasanya saya sendiri akan terkejut besar jika menemui seekor binatang yang berkata-kata di hadapan saya. Masha Allah. Sekali lagi, kata-kata Rasulullah itu benar dan tepat. Bacaan lanjut di SINI.


Yang ketiga, Rasulullah juga pernah berkata, tidak akan datang kiamat sehingga paha seseorang boleh menggambarkan keadaan keluarganya. Paha yang dimaksudkan di sini sudah tentulah bahagian tubuh kita yang terletak di antara punggung dan lutut. Di sini sekali lagi kita berteka-teki, macam mana pula paha boleh menggambarkan sesuatu padahal paha hanyalah... paha? Paha juga sering kita gambarkan sebagai pangkuan. Bila sebut sahaja pangkuan, secara automatik kita akan terus terbayang tentang paha. Satu analogi diberikan di sini. Ayat bahasa Melayu berbunyi begini, “Ali tidur di pangkuan ibunya.” Baik. Jika kita terjemahkan pula ayat tersebut ke dalam bahasa Inggeris bunyinya akan jadi lebih kurang begini. “Ali is sleeping on her mother’s lap.” Baik. 

Sekarang saya tanya anda, pernah tak anda mendengar perkataan laptop? Laptop inilah sesuatu yang sering kita letakkan di atas paha dan menulis segala-galanya sehingga seisi dunia boleh mengetahuinya. Terbaru, telah wujudnya CCTV yang boleh memantau pergerakan manusia di rumah melalui laptop dan telefon bimbit. Teknologi yang ini, sudah luas tersebar di Malaysia.

Sekiranya seseorang suami pergi ke kerja, dia dapat melihat apa yang telah dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya di rumah dengan bantuan CCTV, laptop dan segala macam teknologi yang canggih. Masha Allah. Dan sekali lagi, kebenaran daripada kata-kata baginda telah terbukti.


Rasulullah sungguh seorang manusia yang luar biasa. Apa yang dikatakan baginda, mungkin tidak mampu difikirkan oleh akal manusia yang hidup pada zaman baginda. Namun, beribu-ribu tahun selepas kewafatan baginda, kita telah membuktikan segala kata-kata Rasulullah. Subhanallah. Banyak lagi yang belum kita ketahui tentang baginda sebenarnya. Oleh itu, ayuhlah kita sentiasa mencari dan mencintai ilmu serta menghidupkan sunnah Rasulullah. Dan antara salah satu caranya adalah dengan menyertai segmen Blogger Berselawat ini! 

6 comments:

  1. Abak follow sini, Alhamdulillah perkongsian yang terlalu baik.. ketiga-tiga cerita tersebut menimbulkan tanda tanya kepada kita smua,dan memang terbukti kbenarannya... Rasulullah,btapa Baginda menyayangi kita,pesan dan katanya ini sngat mneginsafkan kita.. berusaha melakukan yg terbaik, kiamat terlalu hampir.. mudah-mudahan kita tgolong dalam kalngan umat yg mnerima syafaatnya kelak..amin ya Rabbal Alamin..

    ReplyDelete
  2. Follow sini 1139

    http://cekgunorazimah.blogspot.com/2014/01/kempen-dan-segmen-blogger-berselawat.html

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar.. perkongsian yang sangat menarik..
    ps: from segmen sama, http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/peserta-segmen-dan-kempen-blogger.html

    ReplyDelete
  4. Datang dari segmen yang sama jg.. :)

    Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad.

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang unik dan menarik! Saya pun join segmen ni, jangan segan-segan untuk baca perkongsian saya di sini

    ReplyDelete